Tuesday, June 14, 2016

Cuti-cuti Cherating

Saya sekeluarga ke Suria Cherating Beach Resort pada 21 Jun 2013 bersempena dengan ulangtahun kelahiran Hanif Irfan yang kedua. Percutian di sana percuma kerana saya mendapat hadiah voucher penginapan 2 hari 1 malam dari blog emilayusof.com. Voucher yang saya dapat pada tahun lepas, tapi pertengahan tahun ini baru dapat masa yang sesuai untuk berkunjung ke sana. Terima kasih K.Emila! Kalau tak kerana voucher tersebut, entah bila agaknya kami akan berkunjung ke Cherating, dan bagai bermimpi pula rasanya nak menginap di resort di tepi pantai yang indah ini.


Suria Cherating Beach Resort
Senangnya nak buat tempahan bilik! Boleh buat secara online di laman web mereka di http://www.suriaresorts.com/cherating/ atau buat panggilan terus ke 03-79064752. Perjalanan mengikut lebuh raya pantai timur dan keluar di tol Jabor.
Masuk  saja bilik, dua buah katil yang tersusun kemas tiba-tiba kelihatan bagai taman permainan kanak-kanak. Anak-anak yang bertiga itu terus buat aksi melompat dari katil ke katil! Lepas tu tangan si kecil pula asyik menekan suis lampu meja. Telefon awal-awal lagi dah disorokkan dan susunan kerusi juga diubah.

Hajat kami nak menyusuri pantai terlebih dahulu. Tapi si kecil itu memang tak boleh nampak air laut. Laju semacam saja langkahnya. Kelihatan bendera merah dinaikkan sebagai amaran kepada pengunjung untuk tidak mandi laut. Kami dimaklumkan ada obor-obor. Jadi bawa mandi kolam sahaja. Berendamlah puas-puas ya!
Suria Cherating Beach Resort kelihatan agak privasi terutama bagi mereka yang sukakan ketenangan. Sesuai juga sebagai tempat pilihan untuk mengadakan mesyuarat atau hari keluarga.
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Cherating



Anak-anak sangat gembira dapat berkunjung ke pusat yang dibina menggunakan kayu ini. Ia memiliki ruang pameran yang kecil tetapi padat dengan maklumat berguna mengenai penyu, dugong dan batu karang. Kemudian terdapat beberapa kolam yang menempatkan penyu –penyu yang diasingkan mengikut saiz. Perasaan? Sangat seronok!!! Saya sendiri sangat jatuh hati melihat corak-corak menarik pada cengkerang penyu. Pusat penerangan ini memang bagus kerana dapat mendidik orang ramai terutamanya anak-anak untuk mengenali penyu dengan lebih dekat dan menyayanginya. Nampaknya anak kedua saya juga sudah mula menyayangi penyu. Mana taknya, magnet peti ais berbentuk penyu yang saya beli sebagai kenang-kenangan dipegang erat dan dijadikan mainan barunya di rumah.
Tiada bayaran masuk digunakan dan sumbangan amatlah dialu-alukan.
Waktu melawat (seperti pada 2013):
Isnin                   : Tutup
Selasa – Ahad    : 9.00 pagi – 5.30 petang  dan 8 malam – 6 pagi
Jumaat               : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan 3.00 petang – 5.30 petang

No comments:

Post a Comment