 |
| Lokasi Kuningan dari Bandung |
Kuningan memiliki bumi yang hijau. Hamparan sawah padinya kelihatan sangat subur dan indah. Malah nampaknya penduduk di sini turut memanfaatkan setiap ruang tanah yang kosong untuk bercucuk tanam. Tidak menghairankan kerana di Kuningan ini terletaknya gunung berapi Ciremai berketinggian 3.078m dari aras laut sekaligus menjadikannya gunung tertinggi di Jawa Barat. Gunung Ciremai merupakan gunung berapi separa aktif di mana letusan terakhir direkodkan pada tahun 1937. Kerana itulah tanah di Kuningan sangat kaya dengan mineral dan subur.
 |
| Hamparan sawah padi yang menghijau. | | | |
|
|
Tatkala bas menghampiri Kuningan, ibu Ellyn sempat berkata kepada saya, "Perhatikan ya, Kuningan ini daerah yang kecil, tetapi masjid yang dibina di kampung-kampung sangat indah. Ramai penduduk Kuningan bekerja di bandar dan apabila mereka pulang ke Kuningan, mereka akan manfaatkan wang mereka untuk membina rumah mereka... dan masjid!"
 |
| Antara masjid yang berlatarbelakangkan Gunung Ciremai |
Memang benar kata ibu Ellyn. Sepanjang perjalanan begitu banyak masjid yang indah dapat dilihat. Malah saya turut seronok melihat rumah-rumah penduduk Kuningan yang mencuri perhatian dengan penggunaan kombinasi warna cat yang ceria.
 |
| Rumah-rumah yang menarik perhatian |
jauh perjalanan luas pandangan
ReplyDelete