Friday, June 14, 2013

Dari Bangkok ke Thimpu, Bhutan

Sehari sebelum ke Bhutan, perasaan bercampur baur.
Dua minggu di Bhutan, pelbagai pengalaman dilalui.
Pada hari bertolak pulang ke Malaysia, perasaan jadi sayu untuk meninggalkannya. 
Bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di bumi Bhutan.
Benar, tak kenal maka tak cinta.
Akan datang, ku pahatkan impian untuk membawa keluarga ke Bhutan bersama-sama.

Bhutan bersempadan dengan China dan India
Kredit gambar: http://www.alpine-bhutan.com

Nama Bhutan sendiri sebenarnya sedikit asing. Acapkali bila saya sebut nama Bhutan, ramai yang salah tafsir menyangkakan saya bercerita tentang ‘hutan’. Setelah berada di sana selama dua minggu, saya teringin sangat nak bercerita tentang Bhutan dari kaca mata saya sendiri.

Dari Bangkok ke Paro

Tidak ada penerbangan terus dari Malaysia ke Paro, Bhutan. Saya menaiki pesawat MAS ke Bangkok dan seterusnya menaiki pesawat Drukair yang merupakan satu-satunya penerbangan komersil Bhutan pada keesokan harinya. Penerbangan tersebut mengambil masa selama 3 jam termasuk masa yang diambil untuk berhenti seketika di lapangan terbang Bagdogra, India.

Tatkala kapal terbang menghampiri ruang udara Bhutan, semua penumpang teruja melihat pemandangan di luar tingkap. Puncak banjaran Himalaya yang diselaputi salji  begitu gah menerobosi kepulan awan.

 

Dari Paro ke Thimphu

Lapangan terbang Paro kecil sahaja. Perkara pertama yang menangkap perhatian mestilah baju kebangsaan yang disarung oleh para kakitangan yang bertugas hinggalah kepada pemandu teksi. Unik! Nampaknya bagi yang lelaki, mereka memiliki sarung kaki yang panjang sampai ke lutut. Corak-corak pada dinding bangunan juga kelihatan menarik.
Sebaik mendarat di lapangan terbang Paro
Kaunter imigresen
Perjalanan menyelusuri lereng gunung dari Paro ke Bandar terbesar iaitu Thimphu mengambil masa selama satu jam dengan jarak sekitar 57km. Tak ada jalan pintas. Makin lama, makin tinggi altitud kedudukan kami dan telinga mula terasa bengang dek perbezaan tekanan udara. Bagi yang tak tahan, pasti akan berasa pening dan sedikit loya. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah dengan tersergamnya gunung-ganang dan air sungai yang mengalir di antaranya. Cuaca juga cerah dan angin sejuk yang bertiup amat membuai rasa.

Hotel Riverview

Hotel yang saya diami sepanjang berada di Bhutan ini benar-benar strategik kerana semua kamarnya mempunyai balkoni yang betul-betul mengadap Bandar Thimphu. Malah alunan air sungai yang mengalir juga kedengaran sangat jelas bagaikan terapi untuk memberi ketenangan. Tiada penghawa dingin disediakan. Hanya ada sebuah alat pemanas. Sebabnya jelas. Baru beberapa hari saya di sini, hujan turun dari awal pagi hingga ke petang dan suhu turun sehingga 10c. Sejuk!!
Pemandangan dari hotel Riverview
Suatu pagi di Bhutan
Bhutan dan agama Bhudda

Saya dimaklumkan bahawa Tibet, Nepal dan Bhutan merupakan tempat terpenting terasasnya agama Bhudda. Penganut Bhuddha datang ke Bhutan bagaikan tuntutan umat Islam untuk berkunjung ke Mekah untuk menunaikan haji. Saya terserempak dengan sekumpulan pengunjung dari Johor, Malaysia berbangsa Cina di lobi hotel pada suatu pagi. Pada hari-hari sebelumnya mereka bercuti ke Nepal. Seronoklah borak-borak! 

Bhudda Point
Setiap kamar hotel disediakan sebuah buku bertajuk “What makes you not a Bhuddist” sebagai bahan bacaan. Saya baca juga kerana memang dah lupa langsung apa yang pernah cikgu ajar mengenai Bhuddisme semasa zaman sekolah dulu. Ohhh… rupanya Bhudda itu nama orang!!! Tak sempat baca sampai habis kerana setiap malam tidur awal kepenatan.

Di Bhutan, binaan yang menarik pastinya adalah biara dan patung Bhuddha yang besar. Malah jika diperhatikan, rumah-rumah kediaman pun dihias dengan simbol-simbol dan corak yang memberi makna yang baik dalam agama Bhuddha.
 
Salah satu lukisan yang menarik di hotel

No comments:

Post a Comment