Waktu rehat
tengah hari, Dr. Sim mahu pulang sedikit lebih awal. Katanya hari ini perayaan
bot naga, ada makanan istimewa di rumah iaitu sejenis pulut dibalut daun buluh
yang dipanggil Zòngzi (粽子).
Saya ingat-ingat
lupa tentang Zòngzi ini. Tahun lepas Dr. Sim pernah cerita perkara yang sama. Tapi bila
kami berbicara lebih lanjut tentang Zòngzi ataupun nyonya dumpling ini, ingatan saya segar semula.
Sesetengah Zòngzi kelihatan unik dengan warna biru bunga telang (butterfly pea flower). Di Melaka, pulut ini diletakkan inti kacang merah. Ada juga inti campuran udang, daging dan lain-lain.
Kisahnya,
pada zaman dahulu, hari kelima pada bulan lima kalendar lunar, seorang penyair patriotik bernama Qu
Yuan telah membunuh diri ke dalam sebatang sungai sebagai tanda protes kepada amalan
rasuah politik. Penduduk mencarinya di sepanjang sungai namun usaha tersebut
gagal. Mereka pulang dan datang semula membawa Zòngzi lalu dimuatkan ke dalam bot untuk
dicampakkan ke dalam sungai dengan harapan ikan-ikan akan makan Zòngzi tersebut
dan jasad penyair tersebut selamat dari dimakan ikan.
Ada banyak versi cerita mengenai asal-usul Zòngzi dan perayaan bot naga di internet. Carilah jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang cerita menarik ini.
Ada banyak versi cerita mengenai asal-usul Zòngzi dan perayaan bot naga di internet. Carilah jika berminat nak tahu lebih lanjut tentang cerita menarik ini.


No comments:
Post a Comment