Sehari
sebelum ke Bhutan, perasaan bercampur baur.
Dua minggu
di Bhutan, pelbagai pengalaman dilalui.
Pada hari
bertolak pulang ke Malaysia, perasaan jadi sayu untuk meninggalkannya.
Bersyukur kerana diberi
peluang menjejakkan kaki di bumi Bhutan.
Benar, tak
kenal maka tak cinta.
Akan
datang, ku pahatkan impian untuk membawa keluarga ke Bhutan bersama-sama.
![]() |
| Bhutan bersempadan dengan China dan India Kredit gambar: http://www.alpine-bhutan.com |
Nama Bhutan sendiri sebenarnya sedikit asing. Acapkali bila saya sebut nama Bhutan, ramai yang salah tafsir menyangkakan saya bercerita tentang ‘hutan’. Setelah berada di sana selama dua minggu, saya teringin sangat nak bercerita tentang Bhutan dari kaca mata saya sendiri.
Dari
Bangkok ke Paro
Tidak ada
penerbangan terus dari Malaysia ke Paro, Bhutan. Saya menaiki pesawat MAS ke
Bangkok dan seterusnya menaiki pesawat Drukair yang merupakan satu-satunya penerbangan komersil Bhutan pada keesokan harinya.
Penerbangan tersebut mengambil masa selama 3 jam termasuk masa yang diambil
untuk berhenti seketika di lapangan terbang Bagdogra, India.
Tatkala kapal terbang menghampiri ruang udara Bhutan, semua penumpang teruja melihat pemandangan di luar tingkap. Puncak banjaran Himalaya yang diselaputi salji begitu gah menerobosi kepulan awan.
Tatkala kapal terbang menghampiri ruang udara Bhutan, semua penumpang teruja melihat pemandangan di luar tingkap. Puncak banjaran Himalaya yang diselaputi salji begitu gah menerobosi kepulan awan.
Dari Paro ke Thimphu
Lapangan
terbang Paro kecil sahaja. Perkara pertama yang menangkap perhatian mestilah
baju kebangsaan yang disarung oleh para kakitangan yang bertugas hinggalah
kepada pemandu teksi. Unik! Nampaknya bagi yang lelaki, mereka memiliki sarung kaki yang panjang
sampai ke lutut. Corak-corak pada dinding bangunan juga kelihatan menarik.
![]() |
| Sebaik mendarat di lapangan terbang Paro |
![]() |
| Kaunter imigresen |
Perjalanan
menyelusuri lereng gunung dari Paro ke Bandar terbesar iaitu Thimphu mengambil
masa selama satu jam dengan jarak sekitar 57km. Tak ada jalan pintas. Makin lama, makin tinggi altitud
kedudukan kami dan telinga mula terasa bengang dek perbezaan tekanan udara. Bagi yang tak tahan, pasti akan berasa pening dan sedikit loya. Pemandangan
sepanjang perjalanan sangat indah dengan tersergamnya gunung-ganang dan air
sungai yang mengalir di antaranya. Cuaca juga cerah dan angin sejuk yang
bertiup amat membuai rasa.
Hotel
Riverview
Hotel yang
saya diami sepanjang berada di Bhutan ini benar-benar strategik kerana semua
kamarnya mempunyai balkoni yang betul-betul mengadap Bandar Thimphu. Malah
alunan air sungai yang mengalir juga kedengaran sangat jelas bagaikan terapi
untuk memberi ketenangan. Tiada penghawa dingin disediakan. Hanya ada sebuah
alat pemanas. Sebabnya jelas. Baru beberapa hari saya di sini, hujan turun dari awal
pagi hingga ke petang dan suhu turun sehingga 10c. Sejuk!!
![]() |
| Pemandangan dari hotel Riverview |
![]() |
| Suatu pagi di Bhutan |
Bhutan dan
agama Bhudda
Saya
dimaklumkan bahawa Tibet, Nepal dan Bhutan merupakan tempat terpenting
terasasnya agama Bhudda. Penganut Bhuddha datang ke Bhutan bagaikan tuntutan
umat Islam untuk berkunjung ke Mekah untuk menunaikan haji. Saya terserempak
dengan sekumpulan pengunjung dari Johor, Malaysia berbangsa Cina di lobi hotel
pada suatu pagi. Pada hari-hari sebelumnya mereka bercuti ke Nepal. Seronoklah
borak-borak!
![]() |
| Bhudda Point |
Setiap
kamar hotel disediakan sebuah buku bertajuk “What makes you not a Bhuddist” sebagai bahan bacaan.
Saya baca juga kerana memang dah lupa langsung apa yang pernah cikgu ajar
mengenai Bhuddisme semasa zaman sekolah dulu. Ohhh… rupanya Bhudda itu nama
orang!!! Tak sempat baca sampai habis kerana setiap malam tidur awal kepenatan.
Di Bhutan,
binaan yang menarik pastinya adalah biara dan patung Bhuddha yang besar. Malah
jika diperhatikan, rumah-rumah kediaman pun dihias dengan simbol-simbol dan
corak yang memberi makna yang baik dalam agama Bhuddha.

















